Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia


25 April 2012 
 
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mesyuarat Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia

PULAU LANGKAWI, 23 April 2012 – Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Kali Kedua Tahun 2012 diadakan di Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Kesemua enam orang Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia hadir ke mesyuarat tersebut yang diketuai oleh  Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Bin Shahadan (Pengerusi), YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali (Ahli) , YBhg. Datuk Mohamad Kamaruddin Bin Hassan (Ahli), Encik Kamarozzaman Bin Haji Mohd. Salleh (Ahli), YBhg. Dato’ Norhayati Binti Omar (Ahli) dan YBhg. Datin Zahirah Binti Haji Mohamad (Ahli). Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengurus Besar Syarikat Pemasaran Karyeneka Sdn. Bhd. serta Pengurus Kraf Holdings Sdn. Bhd.
Kali terakhir mesyuarat ini diadakan di Kompleks Kraf Langkawi ialah pada 03 Ogos 2010. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 petang. Di kesempatan mesyuarat ini juga, satu sidang media diadakan melibatkan pihak media dari Pulau Langkawi iaitu Berita Harian, BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Di dalam sidang media tersebut, Yang Berbahagia Pengerusi telah memaklumkan berkenaan pembangunan usahawan-usahawan kraf di bawah skim inkubator  yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi.
Di samping itu juga, sebuah galeri kristal iaitu “House of Crystal” akan dibina di sini yang akan menjual dan mempamerkan produk-produk kraf kristal buatan salah sebuah syarikat usahawan skim inkubator yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Setelah selesai sesi sidang media tersebut, barisan Ahli Lembaga Pengarah dibawa melawat ke bengkel Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. untuk melihat pembuatan produk kraf kristal dengan lebih dekat. Yang Berbahagia Pengerusi diberi peluang untuk meniup kaca yang sedang dalam proses pembuatan. Ahli Lembaga Pengarah yang lainnya turut mengambil kesempatan  membeli produk-produk kristal yang dijual.




































'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Gotong-Royong


 19 April 2012



 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan sambil belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra



 16 April 2012
 









 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Pengerusi Malaysia Airport Holding Berhad

PULAU LANGKAWI, 15 April 2012 – Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Aris Othman, Pengerusi Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) bersama isteri, Yang Berbahagia Puan Sri Sherina Aris mencuba bakat yang selama ini terpendam iaitu mewarna batik. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti oleh Yang Berbahagia Tan Sri bersama isteri ditemani beberapa pegawai MAHB Langkawi semasa berkunjung ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Beliau tiba di kompleks pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan lawatan ke bengkel pembuatan produk kraf kristal iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.
Tetamu disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Norizan Binti Lob dan pemilik syarikat Faizy Crystal Glass Blowing, Encik Kamarul Faizy dan kagum dengan keistimewaan, keunikan serta keindahan produk-produk yang dihasilkan.  Seterusnya, tetamu dibawa mengunjungi bazar jualan, ruang jualan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., muzium-muzium, pameran bertema tekstil dan juga melihat aktiviti demonstrasi tenunan songket serta anyaman mengkuang. Yang Berbahagia Tan Sri merakamkan ucapan tahniah kepada Kompleks Kraf Langkawi yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong dan berharap  Kompleks Kraf Langkawi destinasi pelancongan unggul di Pulau Langkawi.








































'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.