Lawatan PERKEP sempena Program Ramah Mesra & Lawatan Rasmi PERKEP Malaysia ke Kompleks Kraf Langkawi

PULAU LANGKAWI, 23 Februari 2013  – Seratus  orang ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia termasuk PERKEP Cawangan Kedah dan Langkawi berkunjung ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Mereka tiba pada jam 10.00 pagi dan disambut mesra oleh Encik Mohd. Khudzairi Bin Che Nordin, Pegawai Tadbir Kompleks Kraf Langkawi. 
 
 
Program ramah mesra dan lawatan rasmi ini diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Seri Datin Sri Suriati Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia yang juga merupakan isteri kepada Ketua Polis Negara. Turut hadir, Yang Berbahagia Datin Rodziah Binti Yop, Pengerusi PERKEP Cawangan Kedah serta Superintendan Harith Kam Abdullah, Ketua Polis Langkawi.  Program lawatan ini dimulai dengan penyampaian ucapan aluan dan taklimat oleh Pegawai Tadbir Kompleks Kraf Langkawi. Selepas itu, sesi tayangan video aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PERKEP Cawangan Kedah sepanjang tahun 2012. Ahli-ahli rombongan dibawa melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Mereka telah meluang masa hampir sejam untuk melihat demonstrasi di samping membeli-belah produk kraf kristal di ruang pameran bengkel berkenaan.
 

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

PROGRAM INTERAKTIF KRAF PERDANA & KHIDMAT KOMUNITI (LAWATAN SOSIAL) BERSAMA PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) KEM LAGENDA SERI NEGERI, LANGKAWI

 
PULAU LANGKAWI, 23 Februari 2013  – Kompleks Kraf Langkawi dengan anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Langkawi serta Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Lagenda Seri Negeri, Langkawi dengan jayanya telah menganjurkan program “Program Interaktif Kraf Perdana & Khidmat Komuniti (Lawatan Sosial) Bersama Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)” bertempat di Kompleks Kraf Langkawi. Tujuan utama dianjurkan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para wira-wirawati PLKN menyedia serta menyiapkan produk kraf tempatan. Aktiviti interaktif kraf yang dijalankan adalah mencanting dan mewarna batik, menganyam bakul surat khabar dan juga menghias rangka wau tradisional. Program ini telah melibatkan penyertaan paling ramai peserta sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2011 iaitu seramai 384 orang pelatih PLKN.

 
Program ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senam seni 1Malaysia bertempat di Dataran Tangga Seribu. Aktiviti diteruskan dengan program perasmian bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi Bin Abd. Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Encik Mohd. Khudzairi Bin Che Nordin, Timbalan Pengarah, Kompleks Kraf Langkawi. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi di dalam ucapannya, beliau mencadangkan supaya pihak Kompleks Kraf Langkawi mengadakan lebih kerap program kerjasama dengan pihak PLKN bagi memberi pendedahan berkenaan keindahan dan keunikan seni kraf warisan bangsa. Para wira-wirawati turut mempersembahkan persembahan Gempur Tanpa Senjata (GTS) yang amat menarik dan mendebarkan.

 
 
 
 
Turut hadir di dalam majlis berkenaan, Yang Berusaha Mejar (B) Zainudin Bin Abd. Zawawi, Timbalan Komandan PLKN serta Encik Saiful Haidar Bin Salleh, mewakili Pegawai Penerangan Daerah Langkawi. Seterusnya, para wira-wirawati telah dibawa ke Dewan Teluk Yu untuk dimulakan aktiviti interaktif kraf. Taklimat aktiviti telah disampaikan oleh Encik Muhamad Razib Bin Saruddin, Ketua Unit Pemuliharaan Kraf. Setiap hasil kerja yang telah disiapkan oleh para peserta akan dinilai oleh para pengajar untuk diberikan hadiah bagi tiga tempat terbaik untuk setiap bidang. Mejar (B) Zainudin di dalam ucapan penutupnya, berharap semoga program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang kerana ianya mendatangkan banyak manafaat dan faedah kepada para peserta. Pihak Kompleks Kraf Langkawi turut menyediakan sijil penyertaan untuk semua para peserta program ini. Program ini telah berakhir kira-kira pada jam 1.30 tengahari. 

 

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Maktab Perguruan Ilmu Khas Batu Pahat Johor

 15 Februari 2013
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

 

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013 bermula pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013, jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena HKK 2013 ini antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Pameran Kraf, Demontrasi Kraf dan banyak lagi. Semua adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini. 
 
Masuk adalah percuma.
 
 sumber Dari Pena Ketua Pengarah
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

PERTANDINGAN PRODUK KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

 Terbuka kepada semua usahawan kraf tempatan yang menyertai jualan kraf 
di Hari Kraf Kebangsaan 2013 sahaja.

KRITERIA PEMILIHAN 
Keaslian
Memaparkan indentiti budaya dan nilai-nilai estetik tradisional :
melalui paparan nilai estetik dan kebudayaan tempatan.
Inovasi
Inovasi dalam rekabentuk dan pengeluaran :
ditunjukkan oleh campuran penggunaan bahan, rekabentuk dan proses pengeluaran yang tradisional dan kontemporari dan kreatif.
Kebolehan pasaran
Kebolehanpasaran produk kraf yang mempunyai potensi untuk pasaran serantau atau antarabangsa :
berkaitan dengan fungsi produk, penggunaan yang selamat hubungan harga dan kualiti yang seimbang atau kemampuan pengeluaran.
Pemilihan Bahan
Kecemerlangan yang ditunjukkan dan penetapan piawaian kualiti dalam :
ditentukan oleh penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi khususnya kepada pembuatan. Bahan hendaklah 70% kategori bidang yang dimasuki dan 30% lagi campuran bahan.
Mesra alam ( kemasan )
Berkenaan alam sekitar dalam bahan dan teknik pengeluaran :
Contoh penelitian dari segi kemasan akhir melalui penggunaan pewarna semulajadi, gentian asli, bahan kitar semula dan penggunaan bahan-bahan dan proses pengeluaran yang mesra alam.
Persembahan dan Pembungkusan
Kaedah pembungkusan yang kemas dan  menarik :
Bersesuaian dengan produk bagi menjamin ketahanan dan keselamatan produk tersebut.
Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung  Urusetia Pertandingan Produk Kraf 2013, Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

sumber Bahagian Rekaan 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

INTERAKTIF KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

Aktiviti Interaktif Kraf akan diadakan sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 dari 27 Februari hingga 11 Mac 2013. Terdapat dua interaktif kraf akan dilaksanakan iaitu Interaktif Kraf Anyaman Rotan dan Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang. Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013.

Interaktif Kraf Anyaman Rotan
 (27 Februari hingga 5 Mac 2013)

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman.

Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan seperti terendak lampu dan tempat alas cawan (coaster).

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif


Dewasa
 | Bakul Kecil/Bekas Telur
Kanak - Kanak | Alas Cawan

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang

Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang
 (6 Mac hingga 11 Mac 2013)

Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. 

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif 


Dewasa
 | Anyaman Kelarai
Kanak - Kanak | Anyaman Bertulang

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang
 
sumber : Bahagian Pemuliharaan
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Keraian Kakitangan Kompleks Kraf Langkawi

6 Februari 2013
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.