Festival Kraf Langkawi 2013 akan berlangsung pada 22 November - 2 Disember 2013 ini di Kompleks Kraf Langkawi dan Perkarangan Pekan Rabu, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Festival ini akan disertai oleh lebih 80 usahawan jualan kraf dan demonstrasi seluruh Malaysia terdiri dari pelbagai bidang kraf. Pelbagai acara menarik akan dipertanding dan banyak hadiah menarik untuk direbutkan. Ceramah agama akan menyuburkan lagi festival ini. Selain itu, artis-artis undangan dan persembahan kesenian turut akan memeriahkan lagi festival ini. Antara artis jemputan yang akan memeriahkan lagi festival ini adalah Raja Lawak : Kumpulan Jambu, Man & Rahim, Nomad, Hyper Act, Ainan Tasneem, Fiq Mentor, Zack Budak Kaca Mata, Bageo Damasutra. Jualan dan pameran produk-produk kraf terbaru dari seluruh Malaysia akan dipamerkan dan didagangkan serta pelbagai program interaktif kraf telah diatur dan menanti untuk di cuba!
 
MASUK ADALAH PERCUMA!
SEMUA DIJEMPUT HADIR!
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
 
*Maklumat ini adalah betul semasa disiar. Sebarang perubahan akan dimaklum kemudian.