29 Mac 2011
Takwim Promosi Kompleks Kraf Langkawi 2011.
by Unknown under 
Unit Pasaran dan Promosi
Takwim Promosi Kompleks Kraf Langkawi 2011.
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011,
by Unknown under 
Unit Pasaran dan Promosi
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
23 FEBRUARI - 7 MAC 2011
10.00 PAGI -10.00 MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR,JALAN CONLAY
Kraftangan  Malaysia mencatat sejarah buat kali ke-9 pada 23 Februari 2011 kerana  mengadakan Hari Kraf Kebangsaan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh  rakyat Malaysia dengan penuh kebanggaan atas hasilan kraf anak tempatan.
HARI  KRAF KEBANGSAAN diadakan bagi tujuan memberi pengiktirafan ke atas  sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam mengembangkan industri kraf  dan menjana ekonomi negara. Penganjuran ini memberi kesedaran di  kalangan masyarakat umum mengenai kewujudan pelbagai produk kraf  tempatan dan kepelbagaian penggunaanya yang bukan sahaja sebagai hadiah  dan cenderamata tetapi juga untuk kegunaan hiasan dalaman. Para usahawan  dan penggiat kraf serta masyarakat tempatan juga dapat mengetahui  perkembangan terkini tentang teknologi, rekaan dan maklumat pasaran  semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan pertumbuhaan  ekonomi negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2011 pada kali ini bertemakan "KRAF MENJANA EKONOMI"
Antara  aktiviti yaang disediakan adalah seperti jualan kraf, pemeran & jualan produk baru kraf, pameran warisan kraf & edukraf, pameran  teknologi, perjumpaan pembeli, apresiasi kraf, demonstrasi kraf,  persembahan kesenian dan permainan rakyat. 
Semua dijemput dan masuk adalah PERCUMA
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-21627533 atau layari www.kraftangan.gov.my atau email kepada pro@kraftangan.gov.my
- sumber Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Subscribe to:
Comments (Atom)


 











 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
