
Showing posts with label Unit Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Unit Pentadbiran. Show all posts
SALAM TAKZIAH BUAT TUAN HAJI RAMLI B. HJ. MOHD NOR.
by Unknown under
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran

Kategori
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
Program Festival Seni & Budaya (FBSB) dan Pusat Seni Setempat (PSS) Teater Tradisional Jikey
PULAU LANGKAWI, 14 September 2013 – Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kedah, dengan anjuran bersama Kompleks Kraf Langkawi, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi, Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Langkawi serta Pusat Latihan Khidmat Negara Kem Lagenda Seri Negeri Langkawi dengan jayanya menganjurkan program “Festival Bimbingan Seni Dan Budaya (FBSB) Langkawi Dan Pusat Seni Setempat, Jikey 2013” bertempat di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi. Bagi memeriahkan lagi pengisian program yang dianjurkan ini, turut diadakan aktiviti ”Interaktif Kraf Perdana Bersama Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)”.
Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah yang terlibat untuk mengadakan persembahan sama ada tarian dan muzikal di dalam suasana program berbentuk festival di lokasi yang berprestij bagi memanifestasikan kebolehan dan kemahiran yang telah diperoleh selama enam (06) bulan. Sebanyak enam (06) perkumpulan mempertontonkan persembahan masing-masing iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Kumpulan Muzik Seri Mayang.
Program ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti interaktif kraf yang melibatkan penyertaan seramai 216 orang wira dan wirawati. Aktiviti yang dijalankan adalah melukis dan mewarnakan batik serta anyaman kertas surat khabar. Program ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Marzuki Bin Haji Daud, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. JKKN Negeri Kedah diwakili oleh Puan Fariza Binti Ahmad, Kompleks Kraf Langkawi diwakili oleh Encik Mohd. Khudzairi Bin Che Nordin, PLKN diwakili oleh Mejar Mohd. Hider Bin Abu Samah manakala Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Langkawi diwakili oleh Encik Dzulhardey Shah Bin Abdullah.
Pelbagai persembahan telah dipertontonkan kepada umum seperti tarian Inang Payung, kompang, tarian Walinong Sari, muzik pergendangan, nyanyian dan lain-lain lagi. Turut dipersembahkan adalah teater tradisional Jikey yang didatangkan khas dari Alor Setar, Kedah. Persembahan Jikey ini merupakan teater tradisional yang berasal dari Negeri Kedah khususnya Pulau Langkawi.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013.
by Unknown under
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
Kategori
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
TAHNIAH ENCIK NIK AZREEN!
by Unknown under
Unit Pentadbiran
PROGRAM PROMOSI KRAF MALAYSIA SEMPENA LIMA 2013 DI PULAU LANGKAWI, KEDAH
PULAU LANGKAWI, 31 Mac 2013 – Kompleks Kraf Langkawi telah menganjurkan
program Promosi Kraf Malaysia 2013 bersempena dengan penganjuran program
dwitahunan bertaraf antarabangsa iaitu LIMA 2013 (Langkawi Interantional Maritime & Aerospace Exhibition) mulai
26 sehingga 30 Mac 2013. Program promosi ini telah diadakan di lima lokasi yang
dijalankan secara serentak iaitu di Kompleks Kraf Langkawi, Dewan Mahsuri International Exhibition Centre
(MIEC), Dataran Meletak Kenderaan Kompleks LADA, Oriental Village (Cable Car)
dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Program ini melibatkan penyertaan
seramai 17 usahawan dari luar Pulau Langkawi iaitu Kedah, Kelantan, Selangor,
Sabah, Terengganu serta Melaka dan juga penyertaan usahawan-usahawan kraf dari
Pulau Langkawi.
Terdapat pelbagai lawatan daripada pihak kenamaan yang
telah diadakan di Kompleks Kraf Langkawi sepanjang program tersebut berlangsung
seperti lawatan daripada Timbalan Ketua Polis Negara, lawatan Isteri-Isteri
Pegawai Tertinggi Angkatan Tentera Laut dan Udara Malaysia serta luar negara,
lawatan Timbalan Jeneral Tentera Udara Filipina, lawatan Isteri-Isteri Pegawai
Tertinggi Angkatan Tentera Udara Filipina dan lain-lain lagi.
Kompleks Kraf Langkawi juga turut menyertai aktiviti
pameran dan promosi jualan di venue utama berlangsungnya LIMA 2013 iaitu di
Dewan Mahsuri International Exhibition
Centre (MIEC). Program tersebut bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00
petang. Syarikat atau usahawan kraf yang telah menyertai aktiviti ini adalah
Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd., Jafiqa Couture dan Syarikat Pemasaran
Karyaneka Sdn. Bhd. Aktiviti ini telah mendapat bantuan dan kerjasama daripada
Bahagian Rekaan Ibupejabat.
Kompleks Kraf Langkawi turut menyertai program
“Karnival Pelancongan LIMA 2013” anjuran Kementerian Pelancongan yang diadakan
bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 malam bertempat di Dataran
Meletak Kenderaan Kompleks LADA. Program ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada orang ramai. Kesemua usahawan dari luar Pulau Langkawi
serta usahawan Langkawi telah menyertai program ini untuk aktiviti promosi
jualan. Program ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti
persembahan artis terkenal, gerai jualan makanan, pameran agensi, demonstrasi
masakan dan lain-lain lagi.
Bagi mengambil kesempatan dia atas kemeriahan orang
ramai berkunjung ke Pulau Langkawi, pihak Kompleks Kraf Langkawi telah
mengadakan aktiviti promosi jualan di lokasi utama tumpuan para pelancong iaitu
di Oriental Village (Cable Car). Pihak Kompleks Kraf Langkawi telah menjalin
kerjasama dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk mengadakan
program di tempat berkenaan. Program berkenaan telah bermula dari jam 10.00
pagi sehingga jam 6.00 petang dan disertai oleh kesemua usahawan dari luar
Pulau Langkawi serta usahawan Langkawi.
Kompleks Kraf Langkawi turut mengambil bahagian
mempromosikan Kompleks Kraf Langkawi dengan mewujudkan jaringan kerjasama di
antara pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan mengadakan aktiviti
pameran dan demonstrasi kraf di ruang balai ketibaan lapangan terbang. Pihak Kompleks Kraf Langkawi telah mengadakan
demonstrasi kraf tenunan songket, mencanting batik serta anyaman mengkuang.
Aktiviti pameran tersebut telah mendapat bantuan dan kerjasama daripada
Bahagian Rekaan Ibupejabat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_1.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_2.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_3.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_4.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_5.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_6.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_7.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_8.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_9.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_10.jpg)
+dan+Pusat+Seni+Setempat+(PSS)+Teater+Tradisional+Jikey,+14+September+2013_11.jpg)









































