Showing posts with label Kelab Sukan/Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kelab Sukan/Kebajikan. Show all posts

SALAM AIDILFITRI 2014.

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 
 "Pabila langkah ada membekas lara
Ada kata merangkai dusta
Ada tingkah menoreh luka
Mohon maaf zahir dan batin"
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

SALAM TAKZIAH.




Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Kraftangan Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Februari 2014 bersamaan 12 Rabiulakhir 1435H jam 3.30 petang di hadapan rakan-rakan seperjuangan yang amat disayangi. Allahyarhamah dikebumikan pada pagi 13 Februari 2014 jam 9.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. 

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Kehilangan seorang ketua, rakan, ibu yang berdedikasi, disenangi, dihormati dan disayangi ini amat dirasai oleh semua yang mengenali beliau. Semoga rohmu tenang di samping Allah S.W.T. Al-Fatihah.
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

SALAM TAKZIAH BUAT TUAN HAJI RAMLI B. HJ. MOHD NOR.

 
Takziah diucapkan buat Tuan Haji Ramli bin Mohd Nor di atas pemergian isteri tersayang Allahyarhamah Puan Hajah Rahimah binti Kadir pada pagi 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434 di Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Kami mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pastinya pemergian seorang isteri dan ibu ini amat dirasai seluruh anggota keluarganya. Takziah dan Al-Fatihah.

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013.

 4 September 2013
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Berbuka Puasa bersama Kakitangan Kompleks Kraf Langkawi.

28 Julai 2013

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1341h.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيما وَ لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Marhaban Ya Ramadhan,
Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...
Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah...
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayah-Nya...
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini...
...Alhamdulillah...


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1434h/2013m kepada seluruh umat Islam. 

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Keraian Kakitangan Kompleks Kraf Langkawi

6 Februari 2013
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Jasamu Dikenang : Puan Norizan Binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi.

PULAU LANGKAWI, 29 Januari 2013  – Majlis perpisahan diadakan bersempena dengan pertukaran penempatan bertugas Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Norizan Binti Lob. Beliau akan bertukar ke Bahagian Strategi Korporat, Kraftangan Malaysia Ibu pejabat berkuat kuasa pada 01 Februari 2012. Tempat beliau akan digantikan oleh Yang Mulia Tengku Azrul Hisham bin Tengku Abdullah sebagai Pengarah Kompleks Kraf Langkawi yang baru. Tujuan utama diadakan majlis ini adalah untuk menghargai jasa, bakti serta pengorbanan yang telah beliau curahkan di dalam memajukan Kompleks Kraf Langkawi.
 

Majlis ini diadakan di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi pada jam 12.00 tengah hari dan  dihadiri seramai 70 orang termasuk pegawai dan anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi, usahawan kraf Langkawi, anggota kerja Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., peniaga serta penyewa bazar. Turut hadir di dalam majlis berkenaan, Yang Berbahagia Datin Paduka Siti Zaliha binti Mat Gelam, isteri kepada Ahli Parlimen Langkawi dan juga pengurus bagi Syarikat Lawer De’ Craft yang merupakan usahawan produk kraf anyaman mengkuang di bawah program Satu Daerah Datu Industri (SDSI) di Pulau Langkawi ini.


Di dalam ucapan Puan Norizan bersempena majlis berkenaan, beliau dengan bersemangat meminta supaya semua warga Kompleks Kraf Langkawi berusaha dengan lebih kuat, bersemangat dan proaktif di dalam mempromosi serta mendaya majukan Kompleks Kraf Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di Pulau Langkawi ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang selama ini turut bekerjasama di dalam menjayakan program dan aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh Kompleks Kraf Langkawi. 

 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Salam Takziah.

 Salam Takziah daripada kami, warga Kompleks Kraf Langkawi kepada Puan Khalijah bt. Awang di atas pemergian ibu tercinta pada 19hb Januari 2013 (Sabtu) bersamaan 7 Rabiulawwal pada jam 4.30 ptg.

Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Kompleks Kraf Langkawi

6 Januari 2013
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Perpisahan En. Mohd Ridzuan Md Russ

  20 September 2012
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Ceramah Agama, Keberkatan Ramadhan

 5 Ogos 2012
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Majlis Bacaan Yasin Pejabat Baru & Sambutan Bulan Ramadhan



 18 Julai 2012

 

 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

PRODUK LANGKAWI UNTUK TEMPAHAN!


PRODUK LANGKAWI UNTUK TEMPAHAN! 
 

maklumat lanjut sila hubungi :

En. Razib : 012-304 7497
En. Fitri  : 017-457 0063

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mesyuarat Program Gotong-Royong Membersihkan Pantai di Teluk Yu

16 Mei 2012
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18




Bersama-sama kita memeriahkan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18 ini!
 




 Dengan sukacitanya, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia telah mengumumkan 1-3 Jun 2012 adalah tarikh bagi mengadakan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18. Pesta sukan ini akan menggabungkan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia di Kelantan. 
 
Jumpa di sana!

Hari-hari berlatih di balapan,

Hari sukan ditunggu-tunggu,
Kali terakhir tahun 2008,
Tibalah pesta sukan 2012 yang ditunggu. 
 
Tujuan / Objektif Pesta Sukan Kraftangan Malaysia Ke-18
  • Menjalin hubungan kerjasama antara anggota kerja di setiap Bahagian dan cawangan melalui perbincangan dan perancangan  mengenai strategi untuk mencapai kejayaan.
  • Memupuk sikap supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota kerja terutama dikalangan anggota kerja baru samada di peringkat Ibu pejabat ataupun di peringkat cawangan negeri. 




 sumber Kelab Sukan & Kebajikan Induk
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Ceramah Agama & Bacaan Yasin



Ceramah Agama - Iman & Islam, 7 Mei 2012



'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Jamuan Perpisahan En. Mohd Zharif Alias

20 Februari 2012 
 
 
 
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Ceramah Agama - Kecemerlangan didalam bidang pekerjaan


8 Januari 2012



'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Ceramah Agama - Nuzul Al-Quran

17 Ogos 2011

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.