Bersama-sama kita memeriahkan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18 ini!
 




 Dengan sukacitanya, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia telah mengumumkan 1-3 Jun 2012 adalah tarikh bagi mengadakan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18. Pesta sukan ini akan menggabungkan seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia di Kelantan. 
 
Jumpa di sana!

Hari-hari berlatih di balapan,

Hari sukan ditunggu-tunggu,
Kali terakhir tahun 2008,
Tibalah pesta sukan 2012 yang ditunggu. 
 
Tujuan / Objektif Pesta Sukan Kraftangan Malaysia Ke-18
  • Menjalin hubungan kerjasama antara anggota kerja di setiap Bahagian dan cawangan melalui perbincangan dan perancangan  mengenai strategi untuk mencapai kejayaan.
  • Memupuk sikap supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota kerja terutama dikalangan anggota kerja baru samada di peringkat Ibu pejabat ataupun di peringkat cawangan negeri. 




 sumber Kelab Sukan & Kebajikan Induk
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'