PULAU LANGKAWI, 9 MAC 2012 – Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia buat pertama kalinya mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Kraf Langkawi. Beliau tiba di Kompleks Kraf  kira-kira pada jam 3.45 petang dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob serta anggota kerja. Seterusnya beliau telah dibawa ke bilik mesyuarat Seri Mahsuri untuk disampaikan taklimat oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi berkenaan perlaksanaan aktiviti tahun 2011, perancangan program tahun 2012 dan fasiliti / kemudahan yang terdapat di kompleks.

Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Kraftangan Malaysia juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan, amanat serta berkongsi pandangan dengan anggota kerja Kompleks Kraf  bagi mendaya majukan lagi Kompleks Kraf Langkawi. Setelah sesi taklimat selesai dijalankan, Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dibawa melawat ke bazar jualan, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., Muzium Warisan, Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan, ruang aktiviti interaktif kraf dan Dewan Teluk Yu.
 
 
 


 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'