PULAU LANGKAWI, 8 April 2012 – Kompleks Kraf Langkawi amat bertuah kerana buat julung kalinya dipilih oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sebagai lokasi untuk diadakan “Mesyuarat TPK(KA) bersama Pegawai Kesihatan  Daerah / Ketua Program Kali Ke 02/2012”. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Hayati Binti Mohd. Radzi, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Mesyuarat ini dihadiri lebih daripada 35 orang Pegawai Kesihatan Daerah / Ketua Program seluruh Negeri Kedah dan berakhir pada jam 5.00 petang. Yang Berusaha Dr. Hayati serta pegawai-pegawai lain mengambil peluang ini untuk melawat ke seluruh kompleks termasuklah bengkel pembuatan produk kraf kristal iaitu syarikat Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.

Beliau amat kagum dan teruja melihat kaedah pembuatan produk kraf kristal tersebut disamping memuji keindahan dalaman dan ruang persekitaran kompleks serta keunikan produk kraf tempatan yang terjual di sini. Sesi lawatan ini berakhir pada jam 6.00 petang.






























'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'