Pada 6 Mei 2010, pihak pengurusan Kompleks Kraf Langkawi telah mengadakan satu kursus dalaman bertajuk Personaliti Unggul kepada anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi dan penyewa-penyewa bazar. Kursus Personaliti Unggul ini bertujuan meningkatkan imej personaliti setiap warga Kompleks Kraf Langkawi . Pihak pengurusan telah memohon  khidmat penceramah dari Instittut Tadbiran Awam Wilayah Utara (INTURA) iaitu Tuan Haji Azhar bin Omar bagi menyampaikan sesi ceramah beliau sepanjang kursus tersebut berlangsung. Secara keseluruhan, kursus ini telah mendapat sambuatan dan maklumbalas yang positif  daripada warga Kompleks Kraf Langkawi. 


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'