PULAU LANGKAWI, 6 Julai 2011 – Kompleks Kraf Langkawi telah menganjurkan “Pertandingan Futsal Jalinan Mesra KPKK Daerah Langkawi” bertempat di Kompleks Sukan LADA, Kuah.  Sebanyak tujuh pasukan daripada Kemanterian berkenaan telah menyertai pertandingan ini iaitu Kraftangan A, Kraftangan B, RTM Langkawi, Telekom Malaysia, Galeria Perdana, Pos Laju dan Pos Malaysia.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup yang sihat di samping menjalin hubungan akrab dan mesra di antara agensi-agensi yang terlibat. Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob mewakili penganjur pertandingan telah diberi penghormatan bagi memulakan sepak mula pertandingan pada jam 9.00 malam.

Di dalam pertandingan ini, pasukan Kraftangan A telah merangkul kejuaraan dengan menundukkan pasukan RTM dengan jaringan 3 berbalas 2 di dalam perlawanan 14 minit yang sengit. Pemenang di tempat pertama, kedua dan ketiga menerima hadiah pertandingan berupa pingat bagi setiap peserta dan hamper bagi setiap pasukan. Pertandingan ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan yang terlibat.





'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'