Kompleks Kraf Langkawi akan menganjurkan program Minggu Kraf & Budaya bermula 15 - 17 September 2012 selama 3 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi. Aktiviti ini turut disertai seramai 10 usahawan kraf dalam pelbagai bidang dari serata pelusuk utara Malaysia termasuk dari Pulau Langkawi. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang program ini seperti jualan produk kraf, demonstrasi kraf (serkap ikan, wau tradisional, ukiran kayu), majlis adat berendoi, pameran batik, demonstrasi masakan kuih tradisional, lawatan berpandu, interaktif kraf mewarna batik, persembahan kebudayaan (persembahan jikey), persembahan seni pencak silat, pertandingan-pertandingan (menghias buaian majlis berendoi, gubahan pulut kuning, gubahan bunga telur, permainan tradisional: congkak, batu seremban, dam aji, sepak raga ribu, pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen kanak-kanak), jualan makanan masyarakat tempatan dan pelbagai masakan berasaskan pulut, dan pelbagai lagi. Program ini akan diserikan lagi dengan jemputan artis tempatan EZAD LAZIM! pada 17.9.2012 jam 10.00 pagi.

Program ini adalah program jaringan kerjasama antara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Kedah, Tourism Malaysia Langkawi, & Pejabat ADUN Ayer Hangat. Selain itu, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Kedah turut menganjurkan Festival Bimbingan Seni & Budaya pada tarikh yang sama.

Perkhidmatan pengangkutan PERCUMA dari hotel-hotel ke Kompleks Kraf Langkawi turut disediakan.

MARILAH MEMERIAHKAN MINGGU KRAF & BUDAYA 2012!!
JOM KE SANA!

untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Kompleks Kraf Langkawi : 04 - 959 1913 / 959 1917 / 959 1844
Tourism Malaysia Langkawi : 04 - 966 7789


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'