28 April 2013 , Kompleks Kraf Langkawi akan menganjurkan program Promosi Kraf Malaysia 2013 di pusat membeli-belah Kompleks Haji Ismail Group pada 24 Mei - 2 Jun 2013 ini, sehubungan dengan itu Unit Pasaran & Promosi Kompleks Kraf Langkawi En.Nik Azreen bersama-sama En.Muhammad Zaki melakukan sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi tujuan tersebut. 

Untuk makluman, Kompleks HIG ini baru sahaja dibuka kepada umum pada pertengahan Mac 2013 yang lalu dan kompleks ini juga merupakan tarikan baru kepada para pelancong/pengunjung yang berkunjung ke Pulau Langkawi untuk mendapatkan produk-produk bebas cukai. Ianya menempatkan pelbagai ruang jualan disamping menyediakan persekitaran yang luas dan selesa.
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'