20 September 2012
MINGGU KRAF & BUDAYA 2012.
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
PROGRAM “MINGGU KRAF
& BUDAYA 2012 2012” DI KOMPLEKS KRAF LANGKAWI MERIAH
PULAU
LANGKAWI, 17 September 2012 – Kompleks Kraf Langkawi dengan anjuran bersama
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Kedah, Tourism Malaysia Kedah dan
Pejabat ADUN Ayer Hangat Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah
Langkawi serta LangkawiFM telah menganjurkan program tahunan iaitu “Minggu Kraf
& Budaya 2012” selama tiga (03) hari mulai 15 – 17 September 2012 bertempat
di Kompleks Kraf Langkawi mulai jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
Penganjuran
program ini berkonsepkan community base iaitu semua aktiviti melibatkan
penyertaan penduduk setempat. Objektif utama penganjuran program adalah untuk
memperkenalkan kepada para pelancong dan penduduk setempat serta menghidupkan
kembali keunikan kebudayaan, kraftangan, makanan dan kesenian masyarakat Pulau
Langkawi.
Pelbagai
aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari penganjuran seperti persembahan
daripada artis jemputan Ezad Exist, jualan dan demonstrasi kraf, pertandingan
bertemakan majlis adat berendoi, demonstrasi masakan kuih tradisional, jualan
makanan masyarakat setempat, interaktif kraf mewarna batik, lawatan berpandu,
pelbagai pertandingan dan sebagainya.
Majlis
perasmian program ini telah diadakan pada 15 September 2012 (Sabtu) mulai jam
11.00 pagi bertempat di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi. Penganjuran
majlis perasmian program ini bertambah meriah kerana ianya dijalankan serentak
dengan majlis perasmian “Festival Bimbingan Seni & Budaya 2012” peringkat
Daerah Langkawi. Jabatan Kebudayaan
& Kesenian Negara Kedah telah memilih Kompleks Kraf Langkawi sebagai venue
utama bagi penganjuran program tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan
oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Encik Halid Bin Ali. Turut
hadir majlis perasmian ini, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi bin Abd. Hamid
(ADUN Ayer Hangat merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia), Encik Mazlan Bin Ahmad
(Timbalan Pengarah JKKN Kedah) dan Encik Abdul Hadi Bin Che Man (Pengurus
Tourism Malaysia Langkawi).
Pelbagai
persembahan sempena majlis perasmian yang telah diadakan dengan penuh
berwarna-warni daripada kumpulan Band Akustika dan tarian dari Kumpulan Kesenian
JKKN Kedah dan juga sekolah-sekolah sekitar Pulau Langkawi.Dianggarkan lebih
kurang 4,000 orang telah membanjiri Kompleks Kraf Langkawi pada hari pertama
program ini. Pada hari pertama penganjuran program ini juga, turut diadakan
pelbagai aktiviti pertandingan bertemakan majlis adat berendoi yang mendapat
penyertaan menggalakkan daripada penduduk setempat iaitu Gubahan Pulut Kuning,
Hiasan Buaian, Berendoi serta Gubahan Bunga Telur. Para
pelancong dan pengunjung amat teruja dan kagum dengan hasil kerja yang telah
ditunjukkan oleh para peserta.
MINGGU KRAF & BUDAYA 2012.
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
Kompleks Kraf Langkawi akan menganjurkan program Minggu Kraf & Budaya bermula 15 - 17 September 2012 selama 3 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi. Aktiviti ini turut disertai seramai 10 usahawan kraf dalam pelbagai bidang dari serata pelusuk utara Malaysia termasuk dari Pulau Langkawi. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang program ini seperti jualan produk kraf, demonstrasi kraf (serkap ikan, wau tradisional, ukiran kayu), majlis adat berendoi, pameran batik, demonstrasi masakan kuih tradisional, lawatan berpandu, interaktif kraf mewarna batik, persembahan kebudayaan (persembahan jikey), persembahan seni pencak silat, pertandingan-pertandingan (menghias buaian majlis berendoi, gubahan pulut kuning, gubahan bunga telur, permainan tradisional: congkak, batu seremban, dam aji, sepak raga ribu, pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen kanak-kanak), jualan makanan masyarakat tempatan dan pelbagai masakan berasaskan pulut, dan pelbagai lagi. Program ini akan diserikan lagi dengan jemputan artis tempatan EZAD LAZIM! pada 17.9.2012 jam 10.00 pagi.
Program ini adalah program jaringan kerjasama antara Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Kedah, Tourism Malaysia Langkawi, & Pejabat ADUN Ayer Hangat. Selain itu, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Kedah turut menganjurkan Festival Bimbingan Seni & Budaya pada tarikh yang sama.
Perkhidmatan pengangkutan PERCUMA dari hotel-hotel ke Kompleks Kraf Langkawi turut disediakan.
MARILAH MEMERIAHKAN MINGGU KRAF & BUDAYA 2012!!
JOM KE SANA!
untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Kompleks Kraf Langkawi : 04 - 959 1913 / 959 1917 / 959 1844
Tourism Malaysia Langkawi : 04 - 966 7789
Makluman Masa Operasi Kompleks Kraf Langkawi sempena Hari Raya Aidilfitri 2012.
by Unknown under
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KOMPLEKS KRAF
LANGKAWI SEMPENA
SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI
Yang Berbahagia
Tan Sri / Dato’ Seri / Datin / Tuan / Puan
Salam Sejahtera
dan Salam Satu Malaysia
Adalah dimaklumkan
bahawa, Kompleks Kraf Langkawi akan menutup operasi selama tiga hari (03) hari mulai 19 sehingga 21 Ogos 2012 bersempena dengan
sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kompleks Kraf Langkawi akan membuka kembali
operasi seperti biasa mulai 22 Ogos 2012
(Rabu) jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
Semoga makluman ini
di dalam perhatian Yang Berbahagia Tan Sri / Dato’ Seri / Datin / Tuan / Puan. Di
atas segala kerjasama amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
‘SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
Salam Aidilfitri 1433H
by Unknown under
Unit Pentadbiran
Salam Aidilfitri 1433H diucapkan kepada
seluruh warga Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dari kami warga
Kompleks Kraf Langkawi. Maaf Zahir & Batin.
Andai tangan tak kuasa berjabat,
sSetidaknya kata masih dapat diucap,
Tulus hati memohn maaf,
Atas segala dosa dan khilaf.
Salam Aidilfitiri buat semua,
Pada syawal bulan yang mulia,
Semoga diri kekal bahagia,
Bersama kita meraikannya.
TAHNIAH ENCIK MOHD HAFIZ!
by Unknown under
Unit Pentadbiran
Pihak Kompleks Kraf Langkawi mengucapkan tahniah kepada anggota kerja En.
Mohd Hafiz bin Sa'ad berjawatan Juru Teknik J17 di atas penerimaan anugerah perkhidmatan
cemerlang pada 19 Julai 2012 lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Adalah diharapkan semoga En.Hafiz
dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik ini dimasa hadapan.
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
PROGRAM INTERAKTIF KRAF PERDANA BERSAMA BELIA LANGKAWI 2012
by Unknown under
Unit Pemuliharaan
Kompleks Kraf Langkawi menjemput rakan-rakan di Facebook ke Program Interaktif Kraf Perdana bersama Belia Langkawi 2012 pada 14 Julai 2012 dari jam 9.00pg - 2.00ptg. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan :
* Mencanting & Mewarna Batik
* Permainan Congkak
* Menghias Wau Tradisional
* Anyaman Surat Khabar
Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Langkawi, Majlis Belia Langkawi, Langkawi Development Authority (LADA), Kolej Komuniti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi, Lafarge Cement ( Langkawi Plant ), dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Langkawi, Radio Televisyen Malaysia Langkawi, Pejabat Penerangan Langkawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan Persatuan-persatuan Belia Langkawi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-959 1913 / 1917 / 1844 (8.30pg-6.00ptg shj)
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
* Mencanting & Mewarna Batik
* Permainan Congkak
* Menghias Wau Tradisional
* Anyaman Surat Khabar
Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Langkawi, Majlis Belia Langkawi, Langkawi Development Authority (LADA), Kolej Komuniti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi, Lafarge Cement ( Langkawi Plant ), dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Langkawi, Radio Televisyen Malaysia Langkawi, Pejabat Penerangan Langkawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan Persatuan-persatuan Belia Langkawi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-959 1913 / 1917 / 1844 (8.30pg-6.00ptg shj)
Salam Israk Mikraj 1433h.
by Unknown under
Unit Pentadbiran
PROMOSI KERJA KAHWIN 2012
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin yang akan bermula pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Sehubungan
dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan
aktiviti yang bakal dilaksanakan ini. Pelbagai aktiviti diatur seperti
jualan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, Pameran Fantasi Laman
Perkahwinan, Kraf Dalam Dekorasi dan Keindahan Seni Ukiran Senjata
Tradisional serta banyak lagi aktiviti menarik.
Tempat
letak kereta dan pengangkutan percuma disediakan di Pusat Rekabentuk,
Lembaga Getah Malaysia, Jalan Eaton, Restoran Seri Melayu dan LRT
Ampang Park. Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































