Lawatan Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria, Johor Baharu


28 September 2011

 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara


21 September 2011

 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Program Merakyatkan Seni & Majlis Jamuan Rakyat Aidilfitri DUN Ayer Hangat

PULAU LANGKAWI, 18 September 2011 - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kedah dengan anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Hangat serta Kompleks Kraf Langkawi menganjurkan "Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Kenduri Rakyat Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Hangat, Langkawi". Program ini berlangsung mulai jam 10.00 pagi sehingga jam 3.30 petang bertempat di Dataran Tangga Seribu, Kompleks Kraf Langkawi. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat gotong-royong, menanam rasa cintakan warisan seni budaya serta meningkatkan ruang interaksi di antara pemimpin dan rakyat.

Program ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi Bin Haji Abd. Hamid (ADUN Ayer Hangat). Di dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa masyarakat di Pulau Langkawi amat kaya dengan pelbagai jenis seni budaya dan setiap kaum bangga dengan seni budayanya kerana keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Program ini menempah sejarahnya tersendiri kerana tiga majlis diadakan serentak dalam satu program iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Kenduri Rakyat, Rumah Terbuka Aidilfitri dan juga majlis perkahwinan anak saudara Yang Berhormat ADUN Ayer Hangat, Puan Siti Nurqistina Binti Haji Azmi bersama suaminya Encik Mohammad Affan Bin Haji Mohamoud.

Antara tetamu kenamaan yang telah hadir ke program ini adalah Yang Berhormat Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), Yang Berbahagia Dato' Azman Bin Umar (Pengurus Besar LADA) dan Yang Berhormat Dato' Ir. Nawawi Bin Haji Ahmad (ADUN Kuah). 

Pelbagai pengisian aktiviti telah dilaksanakan bersempena dengan penganjuran program ini seperti persembahan nyanyian, tarian tradisional dan juga pertandingan congkak. Pelbagai juadah makanan  untuk para tetamu yang hadir disediakan sendiri oleh masyarakat tempatan secara gotong-royong seperti nasi minyak, laksa, bihun goreng, ketupat pulut, nasi himpit dan sebagainya. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada RTM Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Galeria Perdana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi, Jabatan Penerangan Malaysia Langkawi, Polis Diraja Malaysia Langkawi (PDRM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas Langkawi (JASA).


 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Pemeriksaan Keselamatan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat



14 September 2011
 


 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mesyuarat Program Merakyatkan Seni & Majlis Jamuan Rakyat Aidilfitri DUN Ayer Hangat



12 September 2011


 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mobile Art - UNISEF diSekolah Kebangsaan Kuala Teriang


10 September 2011
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Ucapan Selamat Hari Raya 1432h dan Salam Kemerdekaan ke-54

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
dan Salam 1Malaysia,

Kami warga Kompleks Kraf Langkawi mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin serta Salam Kemerdekaan kepada seluruh umat Islam.



 
 
 
 






'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.