Hari Terakhir En Mohd Zharif Alias bertugas diKompleks Kraf Langkawi.

28 Februari 2012

 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Jamuan Perpisahan En. Mohd Zharif Alias

20 Februari 2012 
 
 
 
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

HARI KRAF KEBANGSAAN 2012



 Hari Kraf Kebangsaan 2012 dijadualkan akan berlangsung pada 21 Mac hingga 2 April 2012, di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 
-sumber Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
 
Semua di jemput!
 
 Borang Pengesahan 
Lawatan Berpandu Berkumpulan

 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan dari Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sempena Langkawi Island International Marketing Travelog


20 Februari 2012

 


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Puspanita Cawangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE)

PULAU LANGKAWI, 18 FEBRUARI 2012 – Seramai 30 ahli Persatuan Wanita Dan Suri Penjawat Awam (PUSPANITA) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi. Rombongan ini diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Shahriah Binti Md. Khalid, Pengerusi PUSPANITA  Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dan PUSPANITA Daerah Langkawi yang turut diiringi oleh Yang Berusaha Puan Fauziah Binti Hashim, Pengerusi PUSPANITA Daerah Langkawi. Rombongan yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi telah disambut mesra oleh Puan Hajah Norizan Binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi. Rombongan ini telah meluangkan masa lebih daripada dua jam dengan melawat ke bengkel pembuatan kristal, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd, bazar jualan, muzium-muzium dan juga ruang pameran bertema. Para ahli persatuan tersebut amat teruja melihat kaedah pembuatan produk kraf kristal di samping membeli-belah pelbagai produk kraf buatan tempatan yang terdapat di sini.
 
 



 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

PULAU LANGKAWI, 05 JANUARI 2012 – Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd. Kamil bin Mohd. Ali bersama rombongan Encik Ramli bin Mohd.  Mohd. Noor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi, Encik Hamdan bin Ahmad, Jurutera Kanan dan Encik Mohd. Zuber bin Othman, Juruteknik Kanan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kompleks Kraf Langkawi sempena Mesyuarat Cadangan Menaik taraf dan Menceriakan Kompleks dan Kedai-kedai Kompleks Kraf Langkawi.

Rombongan ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 8.30 pagi. Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama  rombongan dengan diiringi oleh Puan Hajah Norizan binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi serta pegawai-pegawai Kompleks Kraf Langkawi memulakan sesi lawatan dengan melawat pejabat pentadbiran, bengkel inkubator kraf, Muzium Warisan (lama) dan Muzium Adat-Istiadat & Perkahwinan.

Setelah selesai sesi lawatan tersebut yang memakan masa lebih daripada satu jam, sesi diteruskan dengan mesyuarat. Pelbagai perkara dibincangkan di dalam mesyuarat ini bagi mendaya majukan Kompleks Kraf Langkawi meliputi agenda-agenda seperti pembangunan kemudahan-kemudahan baru, jaringan kerjasama dengan pihak luar, menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sedi ada, pembangunan sumber manusia dan sebagainya. Mesyuarat ini berakhir pada jam 1.30 petang. Yang Berbahagia Ketua Pengarah amat berharap semoga Kompleks Kraf Langkawi dapat menjana jumlah jualan para usahawan dan peniaga kraf  lebih tinggi di samping menarik lebih ramai pelancong / pengunjung pada tahun 2012 ini.
 
 
 


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mobile Art - Jeti Star Cruise, Awana Porto Malai

31 Januari 2012

 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.