Lawatan Puspanita Cawangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE)
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
PULAU LANGKAWI, 18 FEBRUARI 2012 – Seramai 30 ahli Persatuan Wanita Dan Suri Penjawat Awam (PUSPANITA) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi. Rombongan ini diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Shahriah Binti Md. Khalid, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dan PUSPANITA Daerah Langkawi yang turut diiringi oleh Yang Berusaha Puan Fauziah Binti Hashim, Pengerusi PUSPANITA Daerah Langkawi. Rombongan yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi telah disambut mesra oleh Puan Hajah Norizan Binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi. Rombongan ini telah meluangkan masa lebih daripada dua jam dengan melawat ke bengkel pembuatan kristal, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd, bazar jualan, muzium-muzium dan juga ruang pameran bertema. Para ahli persatuan tersebut amat teruja melihat kaedah pembuatan produk kraf kristal di samping membeli-belah pelbagai produk kraf buatan tempatan yang terdapat di sini.
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment