PULAU LANGKAWI, 05 JANUARI 2012 – Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd. Kamil bin Mohd. Ali bersama rombongan Encik Ramli bin Mohd. Mohd. Noor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi, Encik Hamdan bin Ahmad, Jurutera Kanan dan Encik Mohd. Zuber bin Othman, Juruteknik Kanan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kompleks Kraf Langkawi sempena Mesyuarat Cadangan Menaik taraf dan Menceriakan Kompleks dan Kedai-kedai Kompleks Kraf Langkawi.
Rombongan ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 8.30 pagi. Yang Berbahagia Ketua Pengarah bersama rombongan dengan diiringi oleh Puan Hajah Norizan binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi serta pegawai-pegawai Kompleks Kraf Langkawi memulakan sesi lawatan dengan melawat pejabat pentadbiran, bengkel inkubator kraf, Muzium Warisan (lama) dan Muzium Adat-Istiadat & Perkahwinan.
Setelah selesai sesi lawatan tersebut yang memakan masa lebih daripada satu jam, sesi diteruskan dengan mesyuarat. Pelbagai perkara dibincangkan di dalam mesyuarat ini bagi mendaya majukan Kompleks Kraf Langkawi meliputi agenda-agenda seperti pembangunan kemudahan-kemudahan baru, jaringan kerjasama dengan pihak luar, menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sedi ada, pembangunan sumber manusia dan sebagainya. Mesyuarat ini berakhir pada jam 1.30 petang. Yang Berbahagia Ketua Pengarah amat berharap semoga Kompleks Kraf Langkawi dapat menjana jumlah jualan para usahawan dan peniaga kraf lebih tinggi di samping menarik lebih ramai pelancong / pengunjung pada tahun 2012 ini.

0 komen:
Post a Comment