Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432h/2011.

Kami warga Kompleks Kraf Langkawi ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1432 hijrah dengan penuh kesyukuran kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan kepada anda semua.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Surah Al-Baqarah, ayat 183


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Kursus Bahasa Inggeris Siri 2/2011

28 Julai 2011

 




'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Misi Penilaian Semula Langkawi Geopark oleh UNESCO diKompleks Kraf Langkawi


PULAU LANGKAWI, 27 Julai 2011 - Kompleks Kraf Langkawi bertuah kerana julung kalinya telah terpilih sebagai salah satu lokasi bagi misi penilaian semula "Langkawi Geopark 2011" di pulau lagenda berkenaan. Misi penilaian ini akan dilaksanakan setiap empat tahun sekali oleh pihak UNESCO (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization) bagi membolehkan Pulau Langkawi terus mengekalkan status Geopark sejak tahun 2007. Misi penilaian ini tidak hanya terhad kepada aspek geologi dan alam semulajadi sahaja, tetapi juga meliputi aspek-aspek lain seperti warisan, pelancongan, pendidikan dan juga komuniti. Kompleks Kraf Langkawi telah terpilih bagi misi penilaian ini dari segi aspek warisan dan pelancongan.

Urusetia yang mewakili Pulau Langkawi bagi misi ini adalah LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) dan LESTARI (Institut Alam Sekitar & Pembangunan) Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai dua orang pegawai dari UNESCO telah ditugaskan untuk melaksanakan misi penilaian ini iaitu Dr. Richard Watson (Geopark Expert) dari Negara Ireland dan Dr. Mahito Watanabe (Geopark Expert) dari Negara Jepun.

Rombongan seramai 35 orang bagi misi penilaian ini telah tiba di Kompleks Kraf Langkawi pada jam 9.00 pagi dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob serta barisan pegawai dan anggota kerja. Selama lebih satu jam para rombongan tersebut telah dibawa melawat ke bazar jualan, ruang niaga Karyaneka, pameran bertema tekstil dan congkak, muzium serta aktiviti demonstrasi. Penerangan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi. Dr. Richard Watson telah memuji keindahan kompleks serta keunikan dan kepelbagaian produk kraf yang terdapat di situ. Para pegawai penilai UNESCO telah meluangkan masa hampir 10 minit untuk mencuba sendiri aktiviti interaktif kraf mewarna batik.

Dr. Richard Watson telah memaklumkan bahawa beliau akan datang kembali ke kompleks ini di masa hadapan bersama keluarga beliau. Beliau juga telah tertarik dengan keunikan produk kraf tempatan dan mengambil kesempatan ini untuk membeli beberapa produk kraftangan. Lawatan ini berakhir pada jam 10.15 pagi.

 
Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Julai 2011





'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Kursus Bahasa Inggeris Siri 1/2011

26 Julai 2011


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Exco Pelancongan Kerajaan Negeri Kedah, YB En S.Manikumar

26 Julai 2011



'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mobile Art - Festival Padi Langkawi 2011

23-24 Julai 2011
 
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mobile Art - Dataran Lang [Battle of The Band]

16-17 Julai 2011




'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, Yang Berbahagia Datuk Haji Ab. Ghaffar bin A. Tambi,

16 Julai 2011


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Hari Terakhir En Mohd Hafizi b Yahaya bertugas diKompleks Kraf Langkawi.

13Julai 2011

 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Program Interaktif Kraf Perdana bersama Pelatih PLKN Kem Lagenda Seri Negeri, Langkawi.


PULAU LANGKAWI, 10 Julai 2011 - Kompleks Kraf Langkawi dengan anjuran bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara serta Jabatan Penerangan Malaysia (Langkawi) telah menganjurkan program “Interaktif Kraf Perdana Bersama Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Lagenda Seri Negeri Langkawi” bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengajar serta mendedahkan kepada para peserta berkenaan kaedah dan teknik menghasilkan lukisan batik canting.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi. Turut dihadiri, Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia), Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi Bin Haji Abd. Hamid (ADUN Ayer Hangat) serta Mejar Shafiee Abd. Hamid (Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara Kem Lagenda Seri Negeri Langkawi). Di dalam ucapan perasmian Yang Berhormat Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib, beliau menyeru kepada semua wira dan wirawati PLKN untuk mengambil peluang memperolehi ilmu daripada program ini untuk kerana industri kraf tidak lagi dianggap sebagai hobi mengisi masa lapang namun ianya dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.  

Program ini telah disertai oleh seramai 300 orang peserta termasuk para pegawai serta wira dan wirawati PLKN. Seramai 85 orang tetamu termasuk ketua-ketua jabatan, agensi, swasta dan para usahawan kraf telah hadir ke majlis perasmian program ini telah dihidangkan dengan persembahan menarik daripada para wira dan wirawati PLKN iaitu persembahan serta sketsa Tempur Tanpa Senjata (TTS). Setelah selesai majlis perasmian, sesi diteruskan dengan aktiviti interaktif kraf mencanting batik yang disertai oleh wira dan wirawati PLKN manakala aktiviti treasure hunt (mencari harta karun) disertai oleh para pegawai PLKN.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada RTM Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi.






'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Pertandingan Futsal Jalinan Mesra KPKK Daerah Langkawi


PULAU LANGKAWI, 6 Julai 2011 – Kompleks Kraf Langkawi telah menganjurkan “Pertandingan Futsal Jalinan Mesra KPKK Daerah Langkawi” bertempat di Kompleks Sukan LADA, Kuah.  Sebanyak tujuh pasukan daripada Kemanterian berkenaan telah menyertai pertandingan ini iaitu Kraftangan A, Kraftangan B, RTM Langkawi, Telekom Malaysia, Galeria Perdana, Pos Laju dan Pos Malaysia.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup yang sihat di samping menjalin hubungan akrab dan mesra di antara agensi-agensi yang terlibat. Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob mewakili penganjur pertandingan telah diberi penghormatan bagi memulakan sepak mula pertandingan pada jam 9.00 malam.

Di dalam pertandingan ini, pasukan Kraftangan A telah merangkul kejuaraan dengan menundukkan pasukan RTM dengan jaringan 3 berbalas 2 di dalam perlawanan 14 minit yang sengit. Pemenang di tempat pertama, kedua dan ketiga menerima hadiah pertandingan berupa pingat bagi setiap peserta dan hamper bagi setiap pasukan. Pertandingan ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan yang terlibat.





'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Global Student Mobility Partnership 2011

3 Julai 2011


'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.