Latar Belakang
Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia.
Aktiviti Utama
Merupakan ‘One Stop Center ‘ bagi jualan hasil kraf Malaysia diPulau Langkawi
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
Pasaran & Promosi
Pelbagai aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf Malaysia. Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha /usahawan dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pemuziuman dan Pendidikan Kraf
Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
Brosur Kompleks Kraf Langkawi
Brosur Kompleks Kraf Langkawi
![]() |
Luaran |
![]() |
Dalaman |
‹«««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»›
PAPARAN KRAFTANGAN TERBAIK MALAYSIA
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI, terletak disebuah kawasan yang meliputi anggaran keluasan sekitar 98,000 kaki persegi, dengan kawasan hijau yang melebihi 32 ekar. Uniknya, konsep kawasan Kompleks ini secara keseluruhannya menggambarkan evolusi dari tradisi dan kebudayaan klasik kepada kontemporari. Dengan lokasinya yang terletak dilereng bukit serta menghadap ke laut, keindahan alam semulajadi benar-benar melengkapi tema destinasi ini yang bertujuan memaparkan hasil-hasil seni kraftangan tradisional tempatan. Para pengunjung pastinya akan terpegun dengan rangkaian produk-produk yang dipamerkan.
Menariknya, Kompleks ini juga menempatkan dua buah muzium iaitu Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan & Muzium Warisan serta deretan bengkel kraf. Ia bukan sahaja praktikal malahan is sekaligus membolehkan para pengunjung menyaksikan sendiri secara dekat bagaimana serta kesungguhan pakar-pakar kraftangan tempatan menghasilkan dan merekacipta hasil kraftangan yang begitu halus seninya. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi meniup kaca serta batik lukisan tangan secara langsung didepan mata anda!
Bukan itu sahaja, anda juga akan terpesona dengan kehalusan seni tenunan songket yang berkualiti tinggi serta anyaman tikar pandan yang tentunya mengagumkan. Inilah peluang untuk anda saksikan sendiri bagaimana hasil-hasil kraftangan hebat ini dihasilkan.
Setelah anda menghayati anda meneliti proses pembikinan karya-karya seni ini, silalah kunjungi restoran kami yang menawarkan pelbagai juadah dan pemanis mulut tradisional Melayu yang enak dan membuka selera serta pelbagai minuman yang menyegarkan. Rebutlah segala pengalaman yang berharga ini untuk mendampingi, mengenali, dan mengagumi hasil kraftangan tempatan yang sememangnya asli serta kaya dengan nilai-nilai tradisional warisan.
BAZAR KRAF
Pelbagai produk kraftangan bermutu tinggi dengan hasil buatan tangan yang begitu halus termasuklah batik, kristal, kraftangan tenunan dan bermacam-macam lagi yang boleh didapati di sini. Dengan pelbagai produk yang tersedia serta kepelbagaian pilihan yang ada, para pengunjung pastinya akan terpukau dengan keaslian rekaan serta buatannya.
MALAYSIA YANG MEMPERSONA DI KARYANEKA
KARYANEKA, merupakan pusat cenderamata dan kraftangan Malaysia yang terkemuka dan berperanan sebagai syarikat pemasaran bagi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kami mempromosi dan memasarkan produk-produk kraftangan yang berkualiti tinggi, dan asli hanya dari Malaysia. Semua produk-produk kami sesuai untuk apa sahaja tujuan, samada sebagai cenderamata mahupun untuk dijadikan bingkisan tanda ingatan.
KARYANEKA, merupakan pusat cenderamata dan kraftangan Malaysia yang terkemuka dan berperanan sebagai syarikat pemasaran bagi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kami mempromosi dan memasarkan produk-produk kraftangan yang berkualiti tinggi, dan asli hanya dari Malaysia. Semua produk-produk kami sesuai untuk apa sahaja tujuan, samada sebagai cenderamata mahupun untuk dijadikan bingkisan tanda ingatan.
Karyaneka memiliki koleksi produk-produk kraftangan yang bermutu tinggi selain kaya dengan motif dan rekaan asli Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian warisan dan budaya. Keperluan pelanggan diutamakan, untuk tempahan khas atau pembelian secara pukal.\
Kunjungilah Karyaneka hari ini dan bawa pulang hasil kraftangan Malaysia yang mempesonakan.
SYARIKAT PEMASARAN KARYANEKA (Caw. P.Langkawi)
Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000,
Pulau Langkawi, Kedah Darulaman,
Malaysia.
Tel : +604-959 116
Faks : +604 959 1139
Website : www.karyaneka.com.my
‹«««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»›
THE BEST OF MALAYSIAN CRAFT UNLEASHED
LANGKAWI CRAFT COMPLEX, covering a built-up area of approximately 98,000 sq ft, over a 3 acre of green land, the Complex reflects an evolution of classic to contemporary culture and customs. Situated on a hillside overlooking the sea, the naturally beautiful setting suits the theme of destination that features a magnificent series of local arts and tradition, Be intrigues, allured and captivated by our unique exhibits on display.
The Complex also houses the exquisite Heritage and Wedding Museums and an array of craft workshops where visitors are able to observe at close range, the passion of our local master craftsman in creating their work of fine arts. Do not miss to see your opportunity to see the art of glass blowing in action and hand drawn batik demonstration.
You may also be awed to see the superior quality of a Songket cloth or an intricately designed screw-pine mat. If any of these are really your stuff, get a live firsthand exposure on how these arts are passionately created.
After you close encounter with these art creatures, treat your taste buds with local Malay delicacies and beverages at the adjacent restaurant, Get the invaluable experience now to get in touch with richly blended local arts.
CRAFT BAZAAR
Be enticed by an array Malaysia's fine indigenous craft and gift products which include, batik, crystal, woven crafts and many more...
ENCHANTING MALAYSIA AT KARYANEKA
KARYANEKA, Malaysia's well known handicraft and souvenir center, is the marketing company of Malaysian Handicraft Development Corporation. We promote and market quality handicraft and gift items of authentic Malaysia origin.
Karyaneka has a rich and wide collection of handicraft items which clearly reflect Malaysia's diversified ethnic and cultural heritage. We are also obliged to meet the needs of every customers, whether they are in bulk or customize orders.
Visit Karyaneka today and take home a piece of Malaysia's beautiful handicraft.
A Brand Of High Quality Malaysian Handicraft
‹«««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««««»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»›
CARA UNTUK KE KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Kompleks Kraf Langkawi terletak diTeluk Yu, Mukim Bohor, Langkawi. Dari tapak ketibaan, samaada di Kuah iaitu sejauh 21 km, atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejauh 24 km dari kompleks, anda boleh menyewa kereta atau teksi sambil menyelusuri perjalanan melalui kawasan perkampungan yang indah dan mendamaikan menuju ke destinasi.
Dunia kraftangan yang pastinya menjanjikan pengalaman unik yang mengasyikkan.
HOW TO GET TO LANGKAWI CRAFT COMPLEX
Kompleks Kraf Langkawi is located at Teluk Yu in Mukim Bohor, Langkawi. From the arrival point, either at Kuah which is about 21km, or Langkawi International Airport which is about 24km away from the Complex, you may hire a car or taxi for a
pleasant countryside journey to the destination.
pleasant countryside journey to the destination.
A truly unique experience in the world of craft.
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Teluk Yu, Mukim Bohor,
07000, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman,
Malaysia.
Tel : +604-959 1917 / 1844
Faks : +604-959 2340
Email : kklangkawi@gmail.com
Masa Urusan / Operation Hours
Dibuka Setiap Hari / Open Daily
10.00 am - 6.00 pm
Masa Urusan Pejabat / Office Operation Hour's
Ahad - Rabu / Sunday - Wednesday
8.30 am - 5.30 pm
Khamis / Thursday
8.30 am - 4.00 pm
Masa Urusan / Operation Hours
Dibuka Setiap Hari / Open Daily
10.00 am - 6.00 pm
Masa Urusan Pejabat / Office Operation Hour's
Ahad - Rabu / Sunday - Wednesday
8.30 am - 5.30 pm
Khamis / Thursday
8.30 am - 4.00 pm