Lawatan FAM Trip Estonia TV for Travel Programme in Malaysia

30 Januari 2013
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Jasamu Dikenang : Puan Norizan Binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi.

PULAU LANGKAWI, 29 Januari 2013  – Majlis perpisahan diadakan bersempena dengan pertukaran penempatan bertugas Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Norizan Binti Lob. Beliau akan bertukar ke Bahagian Strategi Korporat, Kraftangan Malaysia Ibu pejabat berkuat kuasa pada 01 Februari 2012. Tempat beliau akan digantikan oleh Yang Mulia Tengku Azrul Hisham bin Tengku Abdullah sebagai Pengarah Kompleks Kraf Langkawi yang baru. Tujuan utama diadakan majlis ini adalah untuk menghargai jasa, bakti serta pengorbanan yang telah beliau curahkan di dalam memajukan Kompleks Kraf Langkawi.
 

Majlis ini diadakan di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi pada jam 12.00 tengah hari dan  dihadiri seramai 70 orang termasuk pegawai dan anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi, usahawan kraf Langkawi, anggota kerja Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., peniaga serta penyewa bazar. Turut hadir di dalam majlis berkenaan, Yang Berbahagia Datin Paduka Siti Zaliha binti Mat Gelam, isteri kepada Ahli Parlimen Langkawi dan juga pengurus bagi Syarikat Lawer De’ Craft yang merupakan usahawan produk kraf anyaman mengkuang di bawah program Satu Daerah Datu Industri (SDSI) di Pulau Langkawi ini.


Di dalam ucapan Puan Norizan bersempena majlis berkenaan, beliau dengan bersemangat meminta supaya semua warga Kompleks Kraf Langkawi berusaha dengan lebih kuat, bersemangat dan proaktif di dalam mempromosi serta mendaya majukan Kompleks Kraf Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di Pulau Langkawi ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang selama ini turut bekerjasama di dalam menjayakan program dan aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh Kompleks Kraf Langkawi. 

 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Kerja TKP (O) & En.Hamdan

23 Januari 2013
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan sempena FAM Firefly Trip Programme by Tourism Malaysia Medan to Langkawi

PULAU LANGKAWI, 21 Januari 2013  – Seramai 21 orang agen-agen pelancongan dan media dari Medan, Indonesia mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi sempena program “FAM Trip Programme” anjuran bersama Tourism Malaysia dan Firefly. Tujuan utama diadakan program tersebut ialah untuk memperkenalkan kepada agen-agen pelancongan dan media dari Medan, Indonesia destinasi-destinasi pelancongan menarik yang terdapat di Pulau Langkawi dan boleh dipromosikan serta diketengahkan oleh mereka setelah pulang nanti.

  
Ahli rombongan ini tiba di Kompleks Kraf Langkawi pada jam 12.00 tengah hari dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob. Rombongan dibawa melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Pihak media dari Medan, Indonesia mengambil kesempatan ini untuk menemu ramah Pengarah Kompleks Kraf Langkawi serta Pengurus Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd., Encik Kamarul Faizy Bin Roslan.


Setelah kira-kira 30 minit mereka meluangkan masa melihat demonstrasi pembuatan serta membeli-belah di ruang jualan produk kraf kristal, mereka telah dibawa pula melawat ruang dalaman Kompleks Kraf Langkawi iaitu bazar jualan, ruang jualan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., ruang pameran bertema, Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan di samping menikmati juadah makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia. Lawatan ini berakhir pada jam 2.00 petang.
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Salam Takziah.

 Salam Takziah daripada kami, warga Kompleks Kraf Langkawi kepada Puan Khalijah bt. Awang di atas pemergian ibu tercinta pada 19hb Januari 2013 (Sabtu) bersamaan 7 Rabiulawwal pada jam 4.30 ptg.

Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Perjumpaan Bulanan - Bulan Januari 2013

14 Januari 2013

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Perbincangan Pembangunan Pelancongan Pulau Tuba bersama Tourism Malaysia (Kedah)

10-11 Januari 2013 
 
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Taklimat Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) oleh SU HR KPKK

  7 Januari 2013
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan Kraftangan Malaysia Kompleks Kraf Langkawi

6 Januari 2013
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Gotong-Royong

6 Januari 2013
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.