PULAU LANGKAWI, 21 Januari 2013 – Seramai 21 orang
agen-agen pelancongan dan media dari Medan, Indonesia mengadakan lawatan
ke Kompleks Kraf Langkawi sempena program “FAM Trip Programme” anjuran
bersama Tourism Malaysia dan Firefly. Tujuan utama diadakan program
tersebut ialah untuk memperkenalkan kepada agen-agen pelancongan dan
media dari Medan, Indonesia destinasi-destinasi pelancongan menarik yang
terdapat di Pulau Langkawi dan boleh dipromosikan serta diketengahkan
oleh mereka setelah pulang nanti.
Ahli rombongan ini tiba di Kompleks Kraf Langkawi pada jam 12.00
tengah hari dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi,
Puan Hajah Norizan Binti Lob. Rombongan dibawa melawat ke bengkel
pembuatan produk kraf kristal iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.
Bhd. Pihak media dari Medan, Indonesia mengambil kesempatan ini untuk
menemu ramah Pengarah Kompleks Kraf Langkawi serta Pengurus Faizy
Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd., Encik Kamarul Faizy Bin Roslan.
Setelah kira-kira 30 minit mereka meluangkan masa melihat demonstrasi
pembuatan serta membeli-belah di ruang jualan produk kraf kristal,
mereka telah dibawa pula melawat ruang dalaman Kompleks Kraf Langkawi
iaitu bazar jualan, ruang jualan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd.,
ruang pameran bertema, Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat &
Perkahwinan di samping menikmati juadah makanan tengah hari yang
disediakan oleh pihak Tourism Malaysia. Lawatan ini berakhir pada jam
2.00 petang.
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
0 komen:
Post a Comment