LAWATAN RASMI YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR, TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA KE KOMPLEKS KRAF LANGKAWI

PULAU LANGKAWI, 30 Mac 2013  – Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, Yang Berbahagia Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Beliau turut diiringi oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Bin Abdullah. Rombongan berkenaan telah tiba di Kompleks Kraf Langkawi kira-kira pada jam 10.30 pagi. Lawatan beliau ini adalah untuk mengambil kesempatan bersempena dengan penganjuran program bertaraf antarabangsa iaitu LIMA 2013 (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) yang telah diadakan di Pulau Langkawi mulai 26 sehingga 30 Mac baru-baru ini.  

  

Rombongan berkenaan telah dibawa melawat ke seluruh dalaman kompleks termasuklah muzium, bazar jualan, ruang jualan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. dan lain-lain lokasi. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri bersama isteri juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba bakat dalam bidang kraf iaitu mewarna batik. Mereka telah meluangkan masa hampir satu jam di dalam aktiviti ini.

Seterusnya para rombongan ini dibawa pula melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri bersama isteri kelihatan begitu teruja dan kagum apabila melihat proses pembuatan produk kraf kristal. Mereka juga telah meluangkan masa hampir satu jam bagi mengambil kesempatan ini untuk membeli-belah pelbagai produk kraf kristal yang terdapat di sini. Lawatan ini berakhir kira-kira pada jam 1.30 petang.
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Delegasi TLDM LIMA'13

 26 Mac 2013 
12.30pm-3pm
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Delegasi TUDM LIMA'13

 26 Mac 2013
9.50am-12pm
 
 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan dari Khazanah Nasional Berhad

 22 Mac 2013

 
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Mobile Art - Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI UKM

 19 Mac 2013
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

ANGGOTA KERJA BARU KOMPLEKS KRAF LANGKAWI.

 
 ANGGOTA KERJA BARU KOMPLEKS KRAF LANGKAWI.
 
 Tanggal 15 Mac 2013, YM Tengku Azrul Hisham bin Tengku Abdullah berjawatan Pegawai Promosi dari Unit Pasaran & Promosi Ibu Pejabat telah melaporkan diri ke Kompleks Kraf Langkawi sebagai Pengarah Kompleks Kraf Langkawi mengantikan Puan Hajah Norizan bt. Lob yang kini bertugas di Bahagian Strategi Korporat di Ibu Pejabat. Memiliki pengalaman luas di dalam bidang Promosi dan diyakini boleh menyumbang kepakaran beliau demi kegemilangan Kraftangan Malaysia keseluruhannya dan Kompleks Kraf Langkawi khususnya.
 
Kompleks Kraf Langkawi juga telah menerima anggota kerja baru Encik Nurul Hafifi bin Jaafar kelahiran negeri Inderakayangan yang telah melaporkan diri pada 15 November 2012 yang lalu dan ditempatkan di Unit Pentadbiran sebagai Pemandu Kraftangan Malaysia menggantikan Encik Mohd Ridzuan b. Md. Russ yang kini telah berpindah ke PKKM Cawangan Pahang.

Seluruh anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka sebagai warga baru Kraftangan di cawangan ini.
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Ke Kompleks Kraf Langkawi

PULAU LANGKAWI, 05 Mac 2013  – Yang Berhormat Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Beliau tiba di sini pada jam 10.30 pagi dan dimulai dengan lawatan ke bengkel pembuatan produk kraf kristal, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.

Beliau meluangkan masa hampir 30 minit untuk melihat demonstrasi pembuatan produk kraf kristal di samping meninjau produk-produk yang terdapat di galeri pameran tersebut. Encik Kamarul Faizy Bin Roslan, pengurus bengkel berkenaan memberi penerangan kepada para tetamu yang hadir.  Seterusnya beliau telah dibawa ke bazar jualan untuk melawat ke ruang-ruang jualan penduduk tempatan. Yang berhormat Dato’ turut meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan para peniaga di samping melihat produk-produk kraf yang terdapat di situ.


Turut hadir di dalam lawatan kerja ini adalah Yang Berbahagia Ketua Pengarah MATRADE, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancang & Pembangunan) LADA, Pengarah SME Corp. Kedah / Perlis serta Pengarah MIDA Kedah / Perlis. Lawatan kerja ini berakhir pada jam 11.30 pagi.


 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Star Cruises

 4 Mac 2013
 
 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan FAM Tip Majalah TTG Nordic Sweden

1 Mac 2013
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Total Pageviews

Paparan terbaik pada kadar resolusi 1680 x 1050 pixels
Pengurusan Blog :
Jurulapor : Nik Azreen Nik Alui
Penyelaras Blog/Jurufoto : Muhammad Zaki Rameli
PENAFIAN: KERAJAAN MALAYSIA DAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.    |     Copyright © 2010 Kompleks Kraf Langkawi All rights reserved.