Kompleks Kraf Langkawi, 26 - 27 Januari 2011 - Seramai 19 kakitangan Kompleks Kraf Langkawi telah bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekitar Kompleks. Program ini meliputi aktiviti membersihkan ruang dalam di bangunan lama Muzium Warisan, ruang interaktif kraf, dan aktiviti mengecat semula besi yang terdapat di anjung Kompleks. Aktiviti ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan di antara kakitangan melalui penglibatan semua anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi.