21
Nov
Majlis Malam Jalinan Mesra bersama Karyaneka
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
PULAU LANGKAWI, 19 November 2012
– Buat julung kalinya, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. bersama
Kompleks Kraf Langkawi menganjurkan majlis meraikan penggiat-penggiat
industri pelancongan di Pulau Langkawi iaitu Malam Jalinan Mesra
Bersama Karyaneka. Majlis ini diadakan pada jam 7.30 malam bertempat di
Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi. Seramai 250 orang tetamu
jemputan hadir ke majlis ini.
Tujuan utama majlis ini diadakan untuk
menghargai serta meraikan kerjasama dan sokongan penggiat-penggiat
industri pelancongan seperti jabatan kerajaan, agensi swasta,
pengusaha-pengusaha hotel, persatuan, media, NGO, usahawan kraf dan
lain-lain pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung di dalam mendayamajukan Kompleks Kraf Langkawi serta industri
kraf tempatan. Di samping itu juga, pihak Karyaneka turut
memperkenalkan perkhidmatan terkini bagi memperluaskan lagi pasaran
syarikat ini iaitu talian bebas tol. Majlis diserikan dengan
persembahan fesyen dengan memperagakan koleksi busana terkini daripada
Karyaneka.
Encik Mansor Bin Abdul Latiff, Pengurus
Besar Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. di dalam ucapannya
memaklumkan bahawa terdapat empat lokasi jualan produk kraf Karyaneka
yang terdapat di Pulau Langkawi ini iaitu Kompleks Kraf Langkawi,
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Butik OCAS di Oriental Village
dan Kedai Mesra Petronas di Harbour Park. Karyaneka juga turut
menyampaikan plaque penghargaan kepada yang memberikan
sokongan dan kerjasama erat kepada Kompleks Kraf Langkawi dan juga
Karyaneka di Pulau Langkawi. Pihak yang telah menerima penghargaan ini
ialah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tourism Malaysia Kedah,
Pacific World Destination Sdn. Bhd., Persatuan Pemandu Teksi Langkawi
(PETEKMA), Persatuan Langkawi Tourist Guide Association (LTGA),
Malaysia Tourist & Travel Agent Association Langkawi (MATTA) serta
ramai lagi
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'
Kategori
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
11
Nov
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2012.
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
Kategori
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
24
Oct
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1433h.
by Unknown under
Unit Pentadbiran
( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Ibadah buat kita, kegembiraan buat
mereka. Selamat menjalankan Ibadah qurban. Semoga Ibadah Qurban kita
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
19
Sep
MINGGU KRAF & BUDAYA 2012.
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
PROGRAM “MINGGU KRAF
& BUDAYA 2012 2012” DI KOMPLEKS KRAF LANGKAWI MERIAH
PULAU
LANGKAWI, 17 September 2012 – Kompleks Kraf Langkawi dengan anjuran bersama
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Kedah, Tourism Malaysia Kedah dan
Pejabat ADUN Ayer Hangat Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah
Langkawi serta LangkawiFM telah menganjurkan program tahunan iaitu “Minggu Kraf
& Budaya 2012” selama tiga (03) hari mulai 15 – 17 September 2012 bertempat
di Kompleks Kraf Langkawi mulai jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
Penganjuran
program ini berkonsepkan community base iaitu semua aktiviti melibatkan
penyertaan penduduk setempat. Objektif utama penganjuran program adalah untuk
memperkenalkan kepada para pelancong dan penduduk setempat serta menghidupkan
kembali keunikan kebudayaan, kraftangan, makanan dan kesenian masyarakat Pulau
Langkawi.
Pelbagai
aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari penganjuran seperti persembahan
daripada artis jemputan Ezad Exist, jualan dan demonstrasi kraf, pertandingan
bertemakan majlis adat berendoi, demonstrasi masakan kuih tradisional, jualan
makanan masyarakat setempat, interaktif kraf mewarna batik, lawatan berpandu,
pelbagai pertandingan dan sebagainya.
Majlis
perasmian program ini telah diadakan pada 15 September 2012 (Sabtu) mulai jam
11.00 pagi bertempat di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi. Penganjuran
majlis perasmian program ini bertambah meriah kerana ianya dijalankan serentak
dengan majlis perasmian “Festival Bimbingan Seni & Budaya 2012” peringkat
Daerah Langkawi. Jabatan Kebudayaan
& Kesenian Negara Kedah telah memilih Kompleks Kraf Langkawi sebagai venue
utama bagi penganjuran program tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan
oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Encik Halid Bin Ali. Turut
hadir majlis perasmian ini, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi bin Abd. Hamid
(ADUN Ayer Hangat merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia), Encik Mazlan Bin Ahmad
(Timbalan Pengarah JKKN Kedah) dan Encik Abdul Hadi Bin Che Man (Pengurus
Tourism Malaysia Langkawi).
Pelbagai
persembahan sempena majlis perasmian yang telah diadakan dengan penuh
berwarna-warni daripada kumpulan Band Akustika dan tarian dari Kumpulan Kesenian
JKKN Kedah dan juga sekolah-sekolah sekitar Pulau Langkawi.Dianggarkan lebih
kurang 4,000 orang telah membanjiri Kompleks Kraf Langkawi pada hari pertama
program ini. Pada hari pertama penganjuran program ini juga, turut diadakan
pelbagai aktiviti pertandingan bertemakan majlis adat berendoi yang mendapat
penyertaan menggalakkan daripada penduduk setempat iaitu Gubahan Pulut Kuning,
Hiasan Buaian, Berendoi serta Gubahan Bunga Telur. Para
pelancong dan pengunjung amat teruja dan kagum dengan hasil kerja yang telah
ditunjukkan oleh para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)