Kompleks Kraf Langkawi menjemput rakan-rakan di Facebook ke Program Interaktif Kraf Perdana bersama Belia Langkawi 2012 pada 14 Julai 2012 dari jam 9.00pg - 2.00ptg. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan :

* Mencanting & Mewarna Batik
* Permainan Congkak
* Menghias Wau Tradisional
* Anyaman Surat Khabar

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Aziz bin Haji Hamid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Langkawi, Majlis Belia Langkawi, Langkawi Development Authority (LADA), Kolej Komuniti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi, Lafarge Cement ( Langkawi Plant ), dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Langkawi, Radio Televisyen Malaysia Langkawi, Pejabat Penerangan Langkawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan Persatuan-persatuan Belia Langkawi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-959 1913 / 1917 / 1844 (8.30pg-6.00ptg shj)




SEMUA DIJEMPUT!
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'