Kompleks Kraf Langkawi akan menganjurkan Program Promosi Kraf Malaysia di pusat membeli-belah Kompleks Haji Ismail Group (HIG), Pulau Langkawi, Kedah pada 24 Mei sehingga 2 Jun 2013 bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam. Aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan termasuk jualan & pameran produk kraf, demonstrasi kraf, interaktif kraf serta acara persembahan muzik tradisional. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'