11
Mar
Lawatan Pengerusi Kraftangan Malaysia ke Kompleks Kraf Langkawi
by Unknown under
Unit Pentadbiran
PULAU LANGKAWI, 9 MAC 2012 – Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia buat pertama kalinya mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Kraf Langkawi. Beliau tiba di Kompleks Kraf kira-kira pada jam 3.45 petang dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob serta anggota kerja. Seterusnya beliau telah dibawa ke bilik mesyuarat Seri Mahsuri untuk disampaikan taklimat oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi berkenaan perlaksanaan aktiviti tahun 2011, perancangan program tahun 2012 dan fasiliti / kemudahan yang terdapat di kompleks.
Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Kraftangan Malaysia juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan, amanat serta berkongsi pandangan dengan anggota kerja Kompleks Kraf bagi mendaya majukan lagi Kompleks Kraf Langkawi. Setelah sesi taklimat selesai dijalankan, Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dibawa melawat ke bazar jualan, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., Muzium Warisan, Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan, ruang aktiviti interaktif kraf dan Dewan Teluk Yu.
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'

Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif LADA
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
PULAU LANGKAWI, 11 MAC 2012 – Yang Berbahagia Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengadakan lawatan buat pertama kalinya ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Beliau ditemani oleh Pengarah Bahagian Pelancongan LADA, Cik Rosnina Binti Yaacob dan juga pegawai khas beliau sendiri, Encik Ikhwan Bin Mohd. Said dan tiba di Kompleks Kraf kira-kira pada jam 1.30 tengah hari. Tetamu berkenaan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob serta anggota kerja Kompleks Kraf. Rombongan ini meluangkan masa lebih daripada satu jam dengan melawat ke bengkel pembuatan kristal, Karyaneka, bazar jualan, muzium dan juga ruang pameran bertema. Yang Berbahagia Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa produk kraf kristal boleh dijadikan sebagai salah satu ikon dan juga tarikan utama pelancong ke Pulau Langkawi
Kategori
Unit Pasaran dan Promosi,
Unit Pentadbiran
08
Mar
Lawatan Pegawai Daerah sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Langkawi Bil. 012012
by Unknown under
Unit Pentadbiran
PULAU LANGKAWI, 7 MAC 2012 – Kompleks Kraf Langkawi amat bertuah kerana buat julung kalinya dipilih oleh Pejabat Daerah Langkawi sebagai lokasi untuk diadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Langkawi Bil. 01/2012 kali pertama bagi tahun 2012 . Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Harun Bin Jasin, Pegawai Daerah Langkawi.
Mesyuarat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan dihadiri lebih daripada 30 orang ketua-ketua jabatan kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin rakyat di Pulau Langkawi. Tujuan utama diadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan serta mencari jalan penyelesaian isu atau permasalahan dihadapi masyarakat dan juga pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Langkawi.
Kompleks Kraf Langkawi diberi peluang untuk menyampaikan taklimat berkenaan perlaksanaan aktiviti tahun 2011, perancangan program tahun 2012 serta kemudahan / fasiliti yang terdapat di kompleks Kraf Langkawi. Taklimat tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi iaitu Puan Hajah Norizan Binti Lob. Yang Berusaha Pegawai Daerah Langkawi juga mengambil peluang ini melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal iaitu syarikat Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Beliau amat kagum dan teruja melihat kaedah pembuatan produk kraf kristal tersebut. Lawatan ini berakhir kira-kira pada jam 2.15 petang.

04
Mar
Mobile Art - Program Saturday Fest 2012 diPekan Rabu
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
04
Mar
Lawatan Isteri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
Subscribe to:
Posts (Atom)