PULAU LANGKAWI, 11 MAC 2012 – Yang Berbahagia Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengadakan lawatan buat pertama kalinya ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Beliau ditemani oleh Pengarah Bahagian Pelancongan LADA, Cik Rosnina Binti Yaacob dan juga pegawai khas beliau sendiri, Encik Ikhwan Bin Mohd. Said dan tiba di Kompleks Kraf kira-kira pada jam 1.30 tengah hari. Tetamu berkenaan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Puan Hajah Norizan Binti Lob serta anggota kerja Kompleks Kraf. Rombongan ini meluangkan masa lebih daripada satu jam dengan melawat ke bengkel pembuatan kristal, Karyaneka, bazar jualan, muzium dan juga ruang pameran bertema. Yang Berbahagia Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa produk kraf kristal boleh dijadikan sebagai salah satu ikon dan juga tarikan utama pelancong ke Pulau Langkawi





'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'