PULAU LANGKAWI, 7 MAC 2012 – Kompleks Kraf Langkawi amat bertuah kerana buat julung kalinya dipilih oleh Pejabat Daerah Langkawi sebagai lokasi untuk diadakan mesyuarat  Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Langkawi Bil. 01/2012 kali pertama bagi tahun 2012 .  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Harun Bin Jasin, Pegawai Daerah Langkawi.

Mesyuarat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan dihadiri lebih daripada 30 orang ketua-ketua jabatan kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin rakyat di Pulau Langkawi. Tujuan utama diadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan serta mencari jalan penyelesaian isu atau permasalahan dihadapi masyarakat dan juga pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Langkawi.

Kompleks Kraf Langkawi diberi peluang untuk menyampaikan taklimat berkenaan perlaksanaan aktiviti tahun 2011, perancangan program tahun 2012 serta kemudahan / fasiliti yang terdapat di kompleks Kraf Langkawi. Taklimat tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi iaitu Puan Hajah Norizan Binti Lob. Yang Berusaha Pegawai Daerah Langkawi juga mengambil peluang ini melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal iaitu syarikat Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Beliau amat kagum dan teruja melihat kaedah pembuatan produk kraf kristal tersebut. Lawatan ini berakhir kira-kira pada jam 2.15 petang.




'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'