PULAU LANGKAWI, 23 April 2012 – Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Kali Kedua Tahun 2012 diadakan di Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Kesemua enam orang Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia hadir ke mesyuarat tersebut yang diketuai oleh  Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Bin Shahadan (Pengerusi), YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali (Ahli) , YBhg. Datuk Mohamad Kamaruddin Bin Hassan (Ahli), Encik Kamarozzaman Bin Haji Mohd. Salleh (Ahli), YBhg. Dato’ Norhayati Binti Omar (Ahli) dan YBhg. Datin Zahirah Binti Haji Mohamad (Ahli). Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengurus Besar Syarikat Pemasaran Karyeneka Sdn. Bhd. serta Pengurus Kraf Holdings Sdn. Bhd.
Kali terakhir mesyuarat ini diadakan di Kompleks Kraf Langkawi ialah pada 03 Ogos 2010. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 petang. Di kesempatan mesyuarat ini juga, satu sidang media diadakan melibatkan pihak media dari Pulau Langkawi iaitu Berita Harian, BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Di dalam sidang media tersebut, Yang Berbahagia Pengerusi telah memaklumkan berkenaan pembangunan usahawan-usahawan kraf di bawah skim inkubator  yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi.
Di samping itu juga, sebuah galeri kristal iaitu “House of Crystal” akan dibina di sini yang akan menjual dan mempamerkan produk-produk kraf kristal buatan salah sebuah syarikat usahawan skim inkubator yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. Setelah selesai sesi sidang media tersebut, barisan Ahli Lembaga Pengarah dibawa melawat ke bengkel Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd. untuk melihat pembuatan produk kraf kristal dengan lebih dekat. Yang Berbahagia Pengerusi diberi peluang untuk meniup kaca yang sedang dalam proses pembuatan. Ahli Lembaga Pengarah yang lainnya turut mengambil kesempatan  membeli produk-produk kristal yang dijual.




































'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'