31
Jan
Lawatan FAM Trip Estonia TV for Travel Programme in Malaysia
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
31
Jan
Jasamu Dikenang : Puan Norizan Binti Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi.
by Unknown under
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
Majlis ini diadakan di Dewan Teluk Yu, Kompleks Kraf Langkawi pada
jam 12.00 tengah hari dan dihadiri seramai 70 orang termasuk pegawai
dan anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi, usahawan kraf Langkawi,
anggota kerja Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., peniaga serta
penyewa bazar. Turut hadir di dalam majlis berkenaan, Yang Berbahagia
Datin Paduka Siti Zaliha binti Mat Gelam, isteri kepada Ahli Parlimen
Langkawi dan juga pengurus bagi Syarikat Lawer De’ Craft yang merupakan
usahawan produk kraf anyaman mengkuang di bawah program Satu Daerah Datu
Industri (SDSI) di Pulau Langkawi ini.

Di dalam ucapan Puan Norizan bersempena majlis berkenaan, beliau dengan bersemangat meminta supaya semua warga Kompleks Kraf Langkawi berusaha dengan lebih kuat, bersemangat dan proaktif di dalam mempromosi serta mendaya majukan Kompleks Kraf Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di Pulau Langkawi ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang selama ini turut bekerjasama di dalam menjayakan program dan aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh Kompleks Kraf Langkawi.
Kategori
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
22
Jan
Lawatan sempena FAM Firefly Trip Programme by Tourism Malaysia Medan to Langkawi
by Unknown under
Unit Pasaran dan Promosi
Ahli rombongan ini tiba di Kompleks Kraf Langkawi pada jam 12.00
tengah hari dan disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Langkawi,
Puan Hajah Norizan Binti Lob. Rombongan dibawa melawat ke bengkel
pembuatan produk kraf kristal iaitu Faizy Crystal Glass Blowing Sdn.
Bhd. Pihak media dari Medan, Indonesia mengambil kesempatan ini untuk
menemu ramah Pengarah Kompleks Kraf Langkawi serta Pengurus Faizy
Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd., Encik Kamarul Faizy Bin Roslan.

21
Jan
Salam Takziah.
by Unknown under
Kelab Sukan/Kebajikan,
Unit Pentadbiran
Salam Takziah daripada kami, warga Kompleks Kraf Langkawi kepada Puan Khalijah bt. Awang di atas pemergian ibu tercinta pada 19hb Januari 2013 (Sabtu) bersamaan 7 Rabiulawwal pada jam 4.30 ptg.
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Subscribe to:
Posts (Atom)