Aktiviti Interaktif Kraf akan diadakan sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 dari 27 Februari hingga 11 Mac 2013. Terdapat dua interaktif kraf akan dilaksanakan iaitu Interaktif Kraf Anyaman Rotan dan Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang. Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013.

Interaktif Kraf Anyaman Rotan
 (27 Februari hingga 5 Mac 2013)

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman.

Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan seperti terendak lampu dan tempat alas cawan (coaster).

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif


Dewasa
 | Bakul Kecil/Bekas Telur
Kanak - Kanak | Alas Cawan

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang

Interaktif Kraf Anyaman Mengkuang
 (6 Mac hingga 11 Mac 2013)

Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering digunakan oleh penganyam. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang seperti beg, bakul, bekas telur, tikar dan sebagainya. 

Aktiviti ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Terdapat dua sesi yang akan dijalankan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini.

Kategori Interaktif 


Dewasa
 | Anyaman Kelarai
Kanak - Kanak | Anyaman Bertulang

Isnin hingga Ahad


Sesi 1
 | 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Sesi 2 | 2.00 petang - 5.00 petang
 
sumber : Bahagian Pemuliharaan
 
'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'