PULAU LANGKAWI, 23 Februari 2013  – Seratus  orang ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia termasuk PERKEP Cawangan Kedah dan Langkawi berkunjung ke Kompleks Kraf Langkawi baru-baru ini. Mereka tiba pada jam 10.00 pagi dan disambut mesra oleh Encik Mohd. Khudzairi Bin Che Nordin, Pegawai Tadbir Kompleks Kraf Langkawi. 
 
 
Program ramah mesra dan lawatan rasmi ini diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Seri Datin Sri Suriati Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia yang juga merupakan isteri kepada Ketua Polis Negara. Turut hadir, Yang Berbahagia Datin Rodziah Binti Yop, Pengerusi PERKEP Cawangan Kedah serta Superintendan Harith Kam Abdullah, Ketua Polis Langkawi.  Program lawatan ini dimulai dengan penyampaian ucapan aluan dan taklimat oleh Pegawai Tadbir Kompleks Kraf Langkawi. Selepas itu, sesi tayangan video aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PERKEP Cawangan Kedah sepanjang tahun 2012. Ahli-ahli rombongan dibawa melawat ke bengkel pembuatan produk kraf kristal, Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Mereka telah meluang masa hampir sejam untuk melihat demonstrasi di samping membeli-belah produk kraf kristal di ruang pameran bengkel berkenaan.
 

'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'